Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pindaan Akta Hasutan 'ultra vires' - peguam
Diterbitkan:  Jan 5, 2015 2:19 PM
Dikemaskini: 6:21 AM

Pindaan terhadap Akta Hasutan 1948 tidak boleh dibuat melainkan selepas Perlembagaan Malaysia dipinda terlebih dahulu dan diluluskan oleh dua pertiga ahli Dewan Rakyat.

Robert Pei, seorang peguam yang berkhidmat di Sarawak dan Australia berkata, jika pindaan itu dibuat di luar perlembagaan, ia akan menjadi 'ultra vires'.

“Pindaan juga merupakan ‘ultra vires’ (di luar bidang kuasa undang-undang seseorang atau pihak berkuasa) kerana ia akan diluluskan di luar perlembagaan dan oleh orang yang tidak diberi kuasa untuk meminda akta berkenaan,” katanya dipetik The Borneo Post .

Pei juga menambah, jika pindaan akta itu diluluskan, kuasa dan impaknya ke atas rakyat khasnya di Sarawak dan Sabah masih tidak diketahui.

Menurutnya apa yang boleh diramal, jika rakyat dari Sarawak dan Sabah berdiam diri, akhirnya mereka hilang hak.

“Selama 51 tahun rakyat Sarawak mengalami ‘kemusnahan’ identiti serta budaya mereka dan jika pindaan akta ini dilakukan, penghapusan budaya ini akan terus berlaku pada tahap baharu,” beliau dipetik sebagai berkata.

Lihat Komen
ADS