Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
K'jaan digesa tubuh JK banjir BN-Pakatan
Diterbitkan:  Jan 5, 2015 4:13 PM
Dikemaskini: 8:18 AM

DAP mencadangkan penubuhan sebuah jawatankuasa bertindak BN dan Pakatan Rakyat bagi menangani masalah banjir besar yang melanda beberapa negeri di Malaysia.

Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang berkata, pembentukan jawatankuasa itu akan merasmikan usaha penghantaran bekalan makanan kedua-dua pihak, yang sudah berjalan di negeri-negeri dilanda banjir.

Anggota parlimen Gelang Patah itu berkata, beliau menyampaikan cadangan itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melalui e-mel semalam, bersama beberap lagi cadangan lain.

Cadangan lain, katanya, termasuk pengisytiharan darurat bencana, mengadakan sidang khas parlimen dan membentuk suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat punca banjir.

DAP juga mencadangkan supaya bantuan RM500 juta untuk pemulihan kawasan banjir digandakan.

Lim berkata, sidang parlimen itu juga boleh membincangkan berhubung sama ada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) boleh ditangguhkan supaya tidak membebankan mangsa banjir.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS