Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Saravanan mahu tubuh JK khas
Diterbitkan:  Jan 5, 2015 4:35 PM
Dikemaskini: 8:46 AM

Dengan atau tanpa kelulusan presiden MIC, Datuk G Palanivel, Naib Presiden, Datuk M Saravanan berkata beliau akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas dengan 15 ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC), untuk mengadakan pemilihan semula.

"Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengesyorkan supaya kita membentuk sebuah jawatankuasa khas untuk mengadakan pemilihan semula - lebih cepat lebih baik. Saya akan mencadangkan ini kepada presiden," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas pertemuan dengan ROS di Putrajaya hari ini, Saravanan berkata, dalam MIC, ia boleh dilakukan dengan persetujuan 15 anggota CWC.

"Demi parti, saya perlu berjumpa beliau (Palanivel) untuk mencadangkan satu mesyuarat. Jika saya tiada pilihan, saya akan pergi ke rumahnya," katanya sambil menambah jika beliau tidak dapat bertemu Palanivel di pejabat MIC, maka beliau mungkin perlu menghabiskan satu atau dua hari di luar rumah presiden MIC itu.

Beliau juga berkata jika Palanivel (kiri) terus enggan berjumpa dengannya untuk membincangkan nasib parti itu, Saravanan akan memanggil 40 ketua bahagian untuk mengadakan satu perhimpunan khas.

Sementara itu, Saravanan juga menjelaskan bahawa parti yang berusia 68 tahun itu akan tidak dibatalkan pendaftarannya oleh ROS, kerana bekas Setiausaha Agung MIC A Prakash Rao telah menghantar surat kepada ROS pada 2 Januari.

Surat itu menggesa ROS memberi tambahan masa antara 60 dan 120 hari kepada MIC untuk menyelesaikan isu-isu dalaman dan mengadakan pemilihan semula.

Saravanan berkata ROS akan menimbang cadangan itu, dan mungkin memanjangkan jangka masa bagi pemilihan semula MIC, sehingga 120 hari.

Pada 5 Disember, ROS telah membatalkan pemilihan jawatan tiga naib presiden dan 23 anggota CWC, dan mencadangkan pemilihan baru diadakan.

ROS berkata pemilihan tersebut dibatalkan kerana melanggar perlembagaan MIC dan Akta Pertubuhan.

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS