Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua polis negara menolak tanggapan "takutkan bos" apabila enggan mengulas berhubung surat Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat dalam kes Paul Phua Wen Seng.

" Come on -lah. Ini bukan soal takutkan bos. Seperti yang saya cakap, kes beliau (Phua) sedang dalam perbicaraan di mahkamah AS.

"Orang bercakap banyak sebab mereka tidak tahu prosedur undang-undang. Saya tahu," kata Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di ibu negara selepas Persidangan Integriti Ketua Balai Polis (OCPD) hari ini.

Ketika ditanya pemberita berkenaan surat tersebut, Khalid berkali-kali menegaskan tidak akan mengulas lanjut kerana tidak mahu mengganggu perjalanan kes melibatkan Phua, yang didakwa seorang 'raja judi'.

Khalid juga berkata polis sedang mengesan surat yang dikatakan dihantar kepada FBI pada 2008.

Tiada geng 14K di M'sia

Beliau juga mengesahkan pihaknya ada berhubung dengan FBI berkait isu Phua.

"Tapi kandungan surat itu saya tidak mahu mengulasnya sekarang," kata Khalid.

Beliau turut menegaskan bahawa kumpulan kongsi gelap 14K tidak pernah wujud di Malaysia.

Bagaimanapun Khalid tidak menafikan ada rakyat Malaysia menjadi ahli kumpulan 14K di luar negara.

"Kumpulan 14K ini sangat berkait rapat dengan dadah.

"Kita mempunyai undang-undang dadah yang ketat di negara ini.

"Saya tak fikir 14K mahu berada di negara ini," ujarnya.

Lihat Komen
ADS