Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pegawai pentadbir Pulau Pinang masih tidak tahu menahu berhubung dengan Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) walaupun ia sepatutnya dilaksanakan tiga hari lalu.

Undang-undang itu diluluskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 2011 dan diwartakan pada Februari tahun berikutnya setelah heboh dibincangkan.

Ia dianggap sebagai perkembangan positif di negeri itu, mengikut enakmen yang sama dalam kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Pada 2 Januari lalu, Malaysiakini cuba memohon maklumat termasuk kontrak yang ditandatangani Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Public Bike Share Sdn Bhd di kaunter di tingkat 3 bangunan Komtar.

Bagaimanapun, seorang pegawai di kaunter depan berkata mereka tidak menerima sebarang arahan berkaitan pelaksanaan enakmen itu daripada pihak berkuasa.

Mereka juga tidak mengetahui pegawai informasi yang bertanggungjawab dan tidak mengambil berat mengenai prosedur permohonan itu.

Salah seorang pegawai cuba mendapatkan maklumat mengenainya dengan membuat beberapa panggilan telefon tetapi menemui jalan buntu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri II P Ramasamy berkata beliau akan membangkitkan isu itu dalam mesyuarat exco kerajaan negeri esok.

"Harap dapat memberi kami masa dan kami akan membuat keputusan dan melaksanakannya," katanya.

 

Ditanya untuk mendapatkan maklumat, pegawai kaunter depan MPPP hari ini memberitahu Malaysiakini supaya ke Unit Perhubungan Awam di tingkat empat, namun pegawai di situ turut tak tahu menahu mengenai FOI.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS