Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Jumlah keseluruhan angka korban akibat banjir yang melanda beberapa negeri baru-baru ini ialah seramai 23 orang, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Jumlah itu masing-masing 11 di Kelantan, lima di Terengganu, lima di Pahang dan dua di Perak.

"Manakala orang yang masih hilang berjumlah tiga orang. Di Kelantan dua orang, dan Terengganu seorang," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Pusat Latihan Polis (Pulapol) hari ini.

Sementara itu, Khalid berkata jumlah balai polis yang terjejas kekal 24 - masing-masing 19 di Kelantan, empat di Terengganu dan satu di Perak.

"Kita belum dapat buat penilaian (kerugian) lagi. Mungkin seminggu dua lagi.

"Sekarang ini kita dalam operasi membersih kerana kita perlu mengemaskan balai-balai kita dengan cepat supaya dapat terus beri perkhidmatan kepada masyarakat," ujar Khalid.

Lihat Komen
ADS