Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
20 kedai di Rantau Panjang musnah terbakar
Diterbitkan:  Jan 5, 2015 9:00 PM
Dikemaskini: 1:09 PM

Kira-kira 20 buah kedai sederet di Bazar Haji Ibrahim di Kompleks Zon Bebas Cukai Rantau Panjang di Pasir Mas, musnah dalam satu kebakaran hari ini.

    

Deretan kedai itu menjual pelbagai barangan termasuk pakaian dan peralatan dapur.

    

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan Azmi Osman berkata seramai 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Pasir Mas dan Pengkalan Kubor dihantar untuk memadamkan kebakaran itu dalam kejadian pukul 1.50 petang.

    

“Kita turut dibantu pasukan bomba dan penyelamat dari Sungai Golok (selatan Thailand) anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)," katanya ketika dihubungi Bernama di Kota Bharu.

    

Beliau berkata tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dan api berjaya dikawal dalam masa 90 minit manakala punca kejadian dan kerugian masih dalam siasatan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS