Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pada tanggal 13 Januari ini, nasib dua anggota polis Unit Tindakan Khas, yang dituduh dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, akan diumumkan oleh mahkamah tertinggi di negara ini.

 

Mahkamah Persekutuan akan menyampaikan keputusannya mengenai rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan cif inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar - lebih enam bulan selepas mendengar hujah mengenainya.

Azilah dan Sirul dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan dalam keputusan sebulat suara pada bulan Ogos 2013, kerana mendapati terdapat penyalaharahan (misdirection) yang serius oleh hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Hakim Mohd Zaki Yasin.

 

Ia termasuk kegagalan pihak pendakwaan untuk memanggil adikong Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak - Timbalan Penguasa Musa Safri - ke perbicaraan.

 

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria mengetuai panel lima hakim yang mendengar rayuan pihak pendakwaan itu.

 

Timbalan Ketua peguamcara 1, Tun Abdul Majid Tun Hamzah, yang mengetuai pasukan pendakwaan, juga mengesahkan tarikh tersebut.

 

Peguam Hazman Ahmad yang mewakili Azilah dan peguam Kamarul Hisham Kamaruddin dan peguam Hasnal Rezua Merican yang mewakili Sirul turut mengesahkan tarikh itu.

 

"Kami telah menerima notis dari pendaftar," kata Hasnal Rezua.

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS