Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Gopal Sri Ram berkata beliau mencapai persetujuan bersama untuk meninggalkan jawatannya sebagai perunding di firma guaman Soo Thien Ming dan Nashrah.

Sri Ram menafikan dakwaan bahawa beliau menerima tekanan sehingga terpaksa meninggalkan firma tersebut ekoran keputusannya untuk mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes Liwat II di Mahkamah Persekutuan.

Ketika ditanya Malaysiakini , peguam kanan itu menegaskan bahawa beliau mempunyai hubungan baik dengan firma tersebut.

“Tolongan jangan reka cerita yang boleh jejaskan persahabatan kami,” katanya kepada Malaysiakini .

Beliau diminta mengulas mengenai laporan portal The Malaysian Insider bahawa beliau ditekan sehingga terpaksa meninggalkan firma tersebut kerana mewakili Anwar.

Katanya, beliau menubuhkan firmanya sendiri selepas mendapati persetujuan bersama untuk meninggalkan jawatan perunding di Soo Thien Ming & Nashrah.

"Saya hanya mahu buat kes yang saya suka, supaya tidak timbul konflik,” kata Sri Ram.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS