Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail menyelar golongan peguam kanan yang menurut mereka menyuarakan kritikan tidak adil keatas kehakiman dan Pejabat Peguam Negara.

Ariffin dan Abdul Gani merujuk kepada satu tulisan disiarkan satu portal berita yang tidak dinamakan mereka, dengan tajuk 'Judiciary comes under attack for not respecting the rule of law'.

Ariffin dalam ucapannya berkata beliau tawar hati dengan sikap segelintir peguam yang menggunakan media dan forum awam untuk mengkritik badan kehakiman.

“(Peguam ini) berulang kali menggunakan media dan forum awam untuk membuat kritikan tidak adil ke atas badan kehakiman, lebih-lebih lagi ke atas keputusan mahkamah, walaupun mengetahui bahawa anggota Majlis Peguam dwajib bertindak dengan berterus terang, penuh hormat dan adil.

"Dan apa juga serangan ke atas badan kehakiman yang menjejaskan keyakinan orang awam ke atas institusi ini merupakan serangan ke atas pentadbiran keadilan,” katanya di persidangan Legal Year 2015 di Putrajaya pagi ini.

[Berita penuh menyusul]

Lihat Komen
ADS