Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Buku tunjuk hubungan ibu bapa sejenis
Diterbitkan:  Jan 16, 2015 11:34 AM
Dikemaskini: Jan 17, 2015 1:05 AM

Penerbit sebuah buku untuk kegunaan pelajar sekolah rendah memohon maaf atas kesilapan cetakan dalam buku tersebut yang didakwa menunjukkan hubungan ibu bapa sejenis.

Syarikat Penerbitan Bagus Sdn Bhd dalam kenyataannya berkata buku latihan bertajuk Temanku Dokumen, Standard, Kurikulum dan Pentafsiran (DSKP) Sejarah Tahun Empat itu akan ditarik balik dari edaran.

“Pihak kami meminta ribuan kemaafan di atas kesilapan itu. Pihak kami akan menarik semula semua stok yang telah diedarkan bagi buku bertajuk di atas dan menggantikannya dengan edisi baharu,” kenyataan itu dipetik.

Pengguna boleh membawa buku dengan kesilapan cetakan tersebut ke kedai buku untuk ditukarkan dengan edisi baru, kata syarikat tersebut.

"Semua pelanggan sama ada guru-guru, ibu bapa dan murid-murid boleh menukar semua buku bertajuk di atas di kedai-kedai buku sekolah atau kedai buku di luar sekolah yang berdekatan," kenyataan itu dipetik.

Kesilapan dalam buku latihan untuk kegunaan pelajar tahun empat itu melibatkan satu halaman menunjukkan satu salasilah keluarga dengan ibu bapa dari jantina sama.

Gambar halaman tersebut disebar meluas di laman sosial dan menerima cemuhan dan sindiran.

Lihat Komen
ADS