Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAS persoal Zahid 'berselindung' di balik OSA
Diterbitkan:  Jan 16, 2015 8:25 PM
Dikemaskini: 12:29 PM

PAS mempersoalkan tindakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi yang enggan mendedahkan berhubung bantuan berkaitan keselamatan yang diberikan 'raja judi' Paul Phua.

Sebaliknya, kata parti Islam itu, Zahid terus “berdalih” dan “berselindung” di sebalik alasan Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.

“PAS masih konsisten dengan penegasan agar pihak kerajaan khususnya menteri dalam negeri agar bersikap telus dalam isu ini,” kata Mahfuz.

“Usah jadikan alasan ‘rahsia besar’ bawah perlindungan Akta Rahsia Rasmi 1972 untuk membolehkan pihak kerajaan sanggup bersekongkol dengan raja judi dan kongsi gelap dalam hal keselamatan negara.”

Zahid semalam berkata beliau tidak dapat mendedahkan mengenai bentuk bantuan yang disediakan oleh Phua kepada kerajaan kerana melibatkan “rahsia besar negara” yang dilindungi OSA.

Beliau turut menjelaskan bahawa suratnya kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Amerika Syarikat (AS) bukan surat sokongan.

Surat itu dikemukakan kepada Mahkamah Daerah Nevada oleh peguam Phua sebagai sebahagian pembelaannya dalam perbicaraan kes perjudian haram di Las Vegas, AS.

Dalam kenyataannya hari ini, Mahfuz berkata, penjelasan Zahid semalam masih belum jelas berhubung tujuannya mengutus surat itu.

“Isu yang menjadi pertikaian umum sekarang bukanlah sekadar sama ada Paul Phua itu ahli kongsi gelap 14 K Triad di Malaysia atau di luar negara tetapi, rakyat menuntut penjelasan menteri agar berterus-terang dalam penglibatan Paul Phua dalam sistem keselamatan negara,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS