Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Laporan awal insiden AirAsia takkan diumumkan

Indonesia tidak akan mendedahkan kepada umum laporan awal 30 hari berkaitan siasatan terhadap pesawat AirAsia yagn terhempas bulan lalu dan mengorbankan 162 orang, kata pegawai kanan bahagian keselamatan pengangkutan negara itu pada Rabu.

Pesawat jenis Airbus A320-200 itu hilang daripada layar radar pada 28 Disember ketika separuh perjalanan daripada Surabaya, bandar kedua terbesar di Indonesia, ke Singapura.

Tiada penumpang atau anak kapal terselamat.

Penyiasat sedang menganalisis data daripada perakam suara “kotak hitam” untuk menentukan sebab kenapa ia terhempas.

Menteri pengangkutan Indonesia Ignasius Jonan pada Selasa memberitahu parlimen, menurut data radar, pesawat itu bergerak ke atas lebih pantas daripada biasa pada minit-minit terakhirnya.

Penyiasat tidak menemui sebarang bukti bagi mengaitkannya dengan kegiatan keganasan.

Penyiasat dijangka menyerahkan laporan awal kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) awal minggu lepas.

Peraturan pertubuhan itu menetapkan bahawa laporan awal harus difailkan dalam tempoh 30 tari selepas tarikh insiden.

“Sebulan selepas kemalangan kami hanya buat laporan awal.

“Tiada ulasan atau analisis,” kata Tatang Kurniadi, pengerusi jawatankuasa keselamatan pengangkutan Indonesia kepada pemberita.

“Ia tidak akan didedahkan kepada umum. Ini untuk kegunaan negara-negara yang terlibat.”

Lihat Komen
ADS