Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Raja Arab Saudi meninggal dunia
Diterbitkan:  Jan 23, 2015 10:24 AM
Dikemaskini: 6:26 AM

Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz meninggal dunia awal pagi ini akibat pneumonia, lapor agensi berita rasmi negara itu.

Raja Abdullah, 90 sebelum ini dirawat sejak beberapa minggu lalu.

TV Arab Saudi juga melaporkan, adindanya, Salman Abdul Aziz, 79, secara rasmi dilantik sebagai raja yang baru manaka Putera Muqrin Abdulaziz menjadi raja muda yang baru.

Media antarabangsa turut melaporkan rakaman ucapan takziah daripada pemimpin dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.

Obama menyanjung sumbangan Raja Abdullah dalam membentuk kestabilan dan keselamatan di Timur Tengah.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razakturut mengucap takziah kepada kerabat diraja Arab Saudi dan rakyat negara itu

atas kemangkatan Raja Abdullah Abdulaziz.

"Menerima berita sedih kemangkatan Raja Abdullah bin Abdulaziz pada pagi ini.

Saya mengucapkan takziah kepada kerabat diraja Saudi & dan rakyat KSA (Kerajaan Arab Saudi)," katanya dalam catatan di twitter @NajibRazak.

Abdullah yang dilaporkan lahir pada 1923, menjadi raja Arab Saudi secara rasmi sejak 2006.

Lihat Komen
ADS