Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PKR: Zahid yang pertama tulis surat pada FBI?
Diterbitkan:  Jan 24, 2015 11:41 AM
Dikemaskini: 3:59 AM

PKR mencabar Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi menjawab sama ada beliau adalah menteri dalam negeri yang pertama menulis untuk surat kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI).

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil menyoal demikian ekoran kenyataan dua orang bekas menteri dalam negeri - Tan Sri Syed Hamid Albar dan Datuk Hishammuddin Hussein - yang dilapor menegaskan mereka "tidak pernah" berbuat demikian sewaktu memegang jawatan itu.

"Maka ramai yang ingin tahu, adakah Datuk Seri Zahid, menteri dalam negeri yang pertama untuk berbuat sedemikian?" soal Fahmi yang juga naib ketua Angkatan Muda PKR dalam satu kenyataan.

"Adakah wujud satu 'Standard Operating Procedure' (SOP) bagi menteri kabinet untuk menulis surat kepada mana-mana badan atau organisasi atas nasihat peguam yang bukan Peguam Negara, seperti surat yang ditulis DS Zahid ini?," soalnya lagi.

Sehubungan itu, Fahmi mencabar Zahid untuk menjawab persoalannya yang dibangkitknnya dan tidak berselindung di sebalik alasan teknikal dan undang-undang kuku besi seperti Akta Rahsia Rasmi.

Syed Hamid Albar semalam berkata beliau juga tidak pernah menulis surat kepada biro itu dan ia selari dengan pengakuan Hishammuddin yang mengumumkan bahawa beliau juga tidak pernah berbuat demikian.

Pengakuan itu timbul selepas Zahid mempertahankan tindakan mengutus surat kepada FBI bagi menjelaskan mengenai kedudukan individu didakwa raja judi haram, Paul Phua.

Lihat Komen
ADS