Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DAP tolak, menteri sokong kenyataan Hadi
Diterbitkan:  Jan 24, 2015 4:19 PM
Dikemaskini: 12:07 PM

Kenyataan presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang berhubung kebimbangannya ke atas pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan menerima sambutan baik daripada seorang menteri BN.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, beliau juga percaya bahawa pelaksanaan itu akan menyebabkan polarisasi kaum menjadi lebih serius.

“Saya percaya terdapat risiko bahawa polarisasi kaum lebih serius jika pilihan raya kerajaan tempatan dijalankan.

“Memang diketahui bahawa orang Malaysia secara umumnya masih mengundi mengikut latar belakang kaum dan ini terbukti dalam pilihan raya kerajaan tempatan.

“Ia akan berlaku di bandar dan juga dalam kerajaan tempatan luar bandar. Ini akan menyebabkan permusuhan dan rasa sangsi (antara kaum),” katanya.

MP Kota Belud itu juga mendakwa, pelaksanaan pilihan raya tempatan yang mendorong kepada PBT menaikkan cukai.

Katanya, ia berlaku apabila ahli majlis yang terpilih mendapat lebih autonomi dan dapat menggunakan kuasa mereka.

“Pada masa ini, kerajaan persekutuan menyediakan RM300 juta melalui kementerian saya dalam bentuk peruntukan kepada kerajaan tempatan untuk membantu mereka mentadbir dan membangunkan kawasan setempat,” katanya.

Katanya, kaedah pelantikan memberi kelonggaran kepada kerajaan negeri untuk menyingkirkan ahli majlis yang tidak menunjukkan prestasi baik.

 

“Kerajaan negeri boleh menggantikan pegawai yang culas serta merta, jika tidak ia hanya boleh diadakan dalam pemilihan seterusnya,” katanya.

Satu lagi kelebihan adalah “kelicinan pentadbiran di pihak kerajaan negeri dan kerajaan tempatan”, katanya.

Kenyataan Hadi semalam menerima kritikan keras daripada parti gabungan Pakatan Rakyat, DAP.

DAP berpendapat, amaran Hadi bahawa pilihan raka kerajaan tempatan akan membawa kepada rusuhan kaum adalah “ tidak logik ”.

Lihat Komen
ADS