Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Banjir di Sabah, S'wak beransur reda
Diterbitkan:  Jan 24, 2015 7:31 PM
Dikemaskini: 11:35 AM

Keadaan banjir di Sabah dan Sarawak  beransur reda apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan di dua negeri itu semakin menurun berbanding tengah hari tadi.

Jumlah mangsa banjir di dua negeri itu menurun kepada 3,619 orang petang ini berbanding 5,319 orang pada tengah hari tadi.

Jumlah mangsa banjir di Kelantan dan Perak pula kekal dengan masing-masing mencatatkan 255 orang dan 34 orang.

Difahamkan, semua mangsa banjir di Perak yang rumah mereka musnah keseluruhannya, telah dipindahkan ke asrama Sekolah Kebangsaan Lenggong petang ini sebelum rumah transit untuk mereka siap dibina.

Di Sabah, jumlah mangsa banjir menurun kepada 1,695 orang daripada 471 keluarga petang ini berbanding 2,835 orang daripada 871 keluarga tengah hari tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Beaufort berkata jumlah mangsa banjir di daerah itu juga mencatatkan penurunan kepada 195 orang daripada 52 keluarga.

Jumlah mangsa banjir di daerah kecil Membakut pula menurun kepada 1,500 orang daripada 419 keluarga dengan empat pusat pemindahan di daerah itu turut ditutup pada 5 petang ini.

Di Sarawak, keadaan banjir semakin reda hari ini dengan 1,924 orang daripada 601 keluarga masih ditempatkan di 10 pusat pemindahan setakat 4 petang tadi.

Tengah hari tadi, terdapat 2,484 mangsa daripada 768 keluarga ditempatkan di 12 pusat pemindahan banjir.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Sarawak berkata bahagian Samarahan masih mencatatkan mangsa banjir paling ramai iaitu 889 orang diikuti Limbang (661), Kuching (50), Mukah (80) dan Miri (244).

- Bernama

Lihat Komen
ADS