Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
NGO terus bantah projek Datum Jelatek
Diterbitkan:  Jan 25, 2015 8:20 PM
Dikemaskini: 2:06 PM

Hampir 1,000 orang termasuk penduduk di Taman Keramat di ibu negara berhimpun mengadakan bantahan bagi mendesak projek pembangunan Datum Jelatek di taman itu dihentikan.

    

Pengerusi Badan Bertindak Datum Jelatek, Salleh Samad berkata projek hartanah itu didakwa ditawarkan kepada warga asing dari China, Singapura dan Indonesia.

    

"Ia terbukti melalui artikel dalam sebuah majalah perniagaan pada 1 Sept 2012 yang mengatakan projek ini ditawarkan kepada pelabur di tiga negeri terbabit.

"Kalau betul projek ini untuk penduduk Keramat, kenapa promosi dilancarkan sehingga ke luar negara," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

    

Dalam perhimpunan itu, sekumpulan penduduk cuba merobohkan pagar penghadang keselamatan di tapak projek itu, namun dihalang pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya dan Hulu Kelang.

    

Pada 25 Nov lepas, sekumpulan penduduk Taman Keramat telah menyerahkan memorandum kepada kerajaan negeri Selangor untuk diserahkan kepada Menteri Besar Mohamed Azmin Ali, mendesak projek pembangunan Datum Jelatek dihentikan.

    

Projek Datum Jelatek yang bermula pada 2008 di atas tapak seluas 2.4 hektar di sebelah Stesen LRT Jelatek, melibatkan pembangunan empat blok bangunan kondominium mewah, hotel, pejabat dan pusat beli-belah.

    

-Bernama

Lihat Komen
ADS