Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Anwar yakin lepas, Saiful reda apa jua
Diterbitkan:  Jan 26, 2015 8:52 PM
Dikemaskini: 1:01 PM

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin beliau akan dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan rayuan akhirnya terhadap tuduhan meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Beliau menzahirkan keyakinannya itu berdasarkan perincian fakta dalam penghujahan barisan peguamnya yang dibentangkan kepada panel hakim Mahkamah Persekutuan.

"Fitnah tidak wajar dijadikan alat dalam tinju politik dan diberi ruang untuk memporak-perandakan negara.

"Saya panjatkan doa pada Allah yang Maha Esa agar keadilan dapat ditegakkan dan saya dibebaskan," katanya dalam satu kenyataan.

Keputusan itu akan diumumkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari depan.

Sementara itu, Mohd Saiful, sebagai pengadu dalam kes itu, pula berkata beliau reda dengan apa jua keputusan dan berserah kepada Allah.

"Sebagai rakyat, saya yakin pada Rukan Negara ke-4 iaitu Kedaulatan Undang-undang. Yang hak pasti berdiri," katanya dalam Twitter.

Katanya lagi, beliau akan terus berdoa, sabar dan istiqamah dengan keputusan mahkamah itu.

Lihat Komen
ADS