Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Saya masih urus AirAsia X, kata CEO
Diterbitkan:  Jan 27, 2015 12:12 PM
Dikemaskini: 7:35 AM

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia X Bhd Azran Osman Rani menafikan laporan mendakwa beliau telah menghantar surat peletakan jawatannya dan kini menunggu masa untuk keluar daripada syarikat penerbangan itu.

“Saya tidak letak jawatan dan saya masih menguruskan syarikat penerbangan ini. Saya tidak diberitahu apa-apa.

"Saya tidak tahu daripada mana berita ini muncul.

“Mari kita lihat macam mana perkara ini hendak dimainkan,” katanya.

Dalam e-mel berasingan kepada KiniBiz , Azran berkata:

“Jika saya benar-benar letak jawatan, tentu akan ada pengumuman Bursa (Malaysia). Tetapi tiada pengumuman, bukan?”

Ditanya sama ada beliau sudah berbincang dengan Tan Sri Tony Fernandes berhubung perkara itu, beliau berkata pengasas AirAsia itu kini berada di Davos dan di sana ketika ini masih awal pagi.

Usaha KiniBiz menghubungi Fernandes belum berjaya manakala panggilan telefon kepada pemilik bersama AirAsia Datuk Kamarudin Meranun tidak berjawab.

Bagaimanapun, sumber dalaman AirAsia X tetap menegaskan bahawa Azran tetap akan keluar daripada syarikat itu dan pemilik AirAsia X dikatakan mahu beliau bertanggungjawab atas kerugian syarikat.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS