Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Gereja England lantik biskop wanita pertama
Diterbitkan:  Jan 28, 2015 7:12 PM
Dikemaskini: 2:50 AM

Gereja England membuat keputusan mengejut dengan melantik biskop perempuan pertama dalam upacara yang diganggu pihak tidak berpuas hati.

Libby Lane, 48, dilantik sebagai biskop  Stockport, sebuah bandar di England, ekoran peraturan bermula tahun lepas yang membenarkan perempuan dilantik ke jawatan itu, lapor The Independent.

Ia berlaku pertama kali sejak gereja itu diasaskan oleh Raja Henry VIII pada 1534.

Semasa pertabalannya, seorang penunjuk perasaan, yang juga dipercayai seorang paderi, tampil berkata tidak menerima Lane.

Bagaimanapun, reaksi di Twitter rata-rata positif apabila pengguna maya menganggapnya sebagai saat bersejarah.

“Yey,  Libby Lane! Saya bukan orang agama atau feminis tetapi ini langkah besar untuk gereja,” puji seorang wanita bernama Karen Renton di laman sosial itu.

Lihat Komen
ADS