Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sampul angpau 'Ah Jib Gor' sempena raya Cina
Diterbitkan:  Jan 28, 2015 1:55 PM
Dikemaskini: 6:46 AM

Sempena Tahun Baru Cina yang akan disambut oleh masyarakat Cina pada 19 Februari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengedarkan sampul angpau secara percuma menerusi laman Facebook 'Ah Jib Gor' mulai hari ini.

    

"Sambutan Tahun Baharu Cina akan tiba tidak lama lagi, kami akan mengedarkan sampul angpau 'Ah Jib Gor' edisi khas secara percuma kepada peminat-peminat," menurut kenyataan berbahasa Mandarin yang disiarkan melalui laman Facebook itu.

    

Menurut laman web Facebook "Ah Jib Gor", peminat-peminat hanya perlu tekan "Like" pada laman itu dan mengisi butiran peribadi seperti alamat rumah, nama penuh dan nombor telefon masing-masing menerusi pautan:

https://www.facebook.com/ahjibgor/app_161683100556760.

Sampul angpau itu berwarna merah dan memaparkan karikatur Najib dengan berbaju tradisional Cina serta karakter kartun kambing yang dicetak perkataan "Selamat Tahun Baru Cina" dalam warna emas.

    

Setiap peket mengandungi 10 keping sampul angpau dan akan diedarkan sementara stok masih ada, menurut laman web itu.

    

Masyarakat Cina akan menyambut Tahun Kambing pada 19 Feb ini.

    

"Ah Jib Gor" merupakan Facebook perdana menteri dalam bahasa Mandarin, mula beroperasi sejak 16 Januari 2012 sebagai satu lagi platform untuk mendekati masyarakat dengan lebih meluas menerusi laman sosial.

    

"Ah Jib Gor" yang bermaksud "Abang Najib" dalam bahasa Mandarin, diwujudkan untuk memberikan satu lagi forum kepada pengguna media sosial berbahasa Mandarin.

    

- Bernama

Lihat Komen
ADS