Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pengawal keselamatan didakwa dera anak
Diterbitkan:  Jan 28, 2015 5:50 PM
Dikemaskini: 9:52 AM

Seorang pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan mendera anak lelakinya minggu lepas.

    

Dzolkeflai H M Nor, 48, didakwa telah menggunakan kekerasan jenayah dengan mendera anak di bawah jagaannya yang berusia 13 tahun di rumah mereka di Cheras pada 2 pagi 23 Januari lepas.

    

Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum denda sehingga RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

    

Pegawai Pendakwa Zuraimi Kamarozzaman tidak menawarkan sebarang jaminan atas alasan mangsa adalah anak tertuduh sendiri.

    

"Namun jika mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin, saya memohon supaya dipertimbangkan juga syarat tambahan iaitu tertuduh tidak dibenarkan berhubung dengan mangsa dan diminta melapor diri di balai polis terdekat setiap minggu," katanya.

    

Majistret Zuraini Abdul Razak tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan tiada penjamin yang hadir ke mahkamah hari ini.

    

Bagaimanapun, Zuraini berkata jika Dzolkeflai mempunyai penjamin, dia boleh membuat rayuan bagi mendapatkan jaminan.

Ketika rayuan, Dzolkeflai yang tidak diwakili peguam memohon tarikh sebutan yang pendek atas alasan dia perlu menjalani pembedahan mata bulan depan.

    

Mahkamah menetapkan 11 Feb untuk sebutan kes bagi tertuduh melantik peguam.

- Bernama

Lihat Komen
ADS