Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Zairil: Selesai di majlis pimpinan atau saman saja
Diterbitkan:  Jan 30, 2015 8:30 AM
Dikemaskini: 6:44 AM

Biarpun apa tindakan PAS dan Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali, biarlah isu berkaitan pilihan raya tempatan diselesaikan secara dalaman atau dalam mahkamah, daripada terus tuduh menuduh dan cabar mencabar secara terbuka, kata Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari

Beliau berkata, sekiranyan Mustafa benar-benar merasai bahawa setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng tidak berlaku jujur mengenai isu tersebut, beliau hanya perlu mengambil tindakan menyaman Lim Guan Eng, kata

Menurut Zairil (kiri), hubungan PAS-DAP pada peringkat tertinggi dilihat semakin regang ekoran kenyataan terbaru Mustafa mencabar Lim “bersemuka” secara terbuka bagi “menuntukan siapa yang berbohong atau sebaliknya” dalam isu usaha memulihkan pilihan raya kerajaan tempatan di Pulau Pinang

"Datuk Mustafa terus menepuk dada menyelar Guan Eng sebagai “mulut celupar” sambil menafikan bahawa pimpinan tertinggi PAS pernah mempersetujui dasar kerajaan negeri Pulau Pinang untuk meluluskan Enakmen Pilihan Raya Kerajaan Tempatan pada tahun 2012.," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sepertimana pernah dijelaskan, katanya, setiausaha agung DAP telah menghubungi Mustafa serta Presiden PAS  Datuk Seri Hadi Awang sendiri melalui telefon untuk membincangkan isu ini.

"Menurut Guan Eng, Datuk Mustafa dan Datuk Seri Hadi tidak pun membantah tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang pada ketika itu.

"Malah, ADUN PAS di Pulau Pinang juga tidak membantah atau membangkang apabila rang undang-undang enakmen tersebut diluluskan di Dewan Undangan Negeri," tambahnya.

Namun begitu, katanya, Mustafa berkeras bahawa tiada persetujuan yang dicapai mengenai isu itu, sambil menyaran bahawa Lim perlu memahami pilihan raya kerajaan tempatan tidak termasuk dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

"Hujah Datuk Mustafa ini juga kurang tepat kerana Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang dipersetujui oleh ketiga-tiga parti komponen dengan amat jelas mengandungi ayat yang berbunyi: “Mengukuhkan demokrasi kerajaan tempatan ... secara demokratik.”

"Dalam konteks ini, apakah tidak usaha kerajaan negeri Pulau Pinang itu selari dengan dasar “mengukuhkan demokrasi kerajaan tempatan secara demokratik?”

"Pada hemat saya, tiada gunanya perbalahan diteruskan secara terbuka kerana tiada yang untung melainkan musuh-musuh politik Pakatan Rakyat," tegasnya.

Begitu juga, tambah Zairil,  tiada gunanya isu Mei 13 dibangkitkan dalam hal ini sepertimana yang dilakukan oleh  Hadi, kerana keadaan negara dari segi demografi dan taraf osio-ekonomi sudah pun jauh berbeza berbanding 46 tahun lalu.

"Sekalipun Datuk Mustafa tidak bersetuju dengan Guan Eng, beliau patut menyelesaikan perselisihan faham ini secara tertutup dalam forum tertinggi, iaitu melalui mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat.

"Dalam pada itu, adalah paling afdal sekiranya Datuk Mustafa boleh memujuk Presiden PAS untuk menghadiri mesyuarat tersebut agar kesudahan dapat dicapai dalam masalah yang berlarutan ini.

"Pun begitu, jika Dauk Mustafa benar-benar merasai bahawa setiausaha agung DAP tidak berlaku jujur mengenai perkara ini, maka beliau hanya perlu mengambil tindakan menyaman

Guan Eng," katanya daripada terus tuduh menuduh dan cabar mencabar secara terbuka.

Lihat Komen
ADS