Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Konsert solo pertama Anirudh di M'sia
Diterbitkan:  Jan 31, 2015 10:00 AM
Dikemaskini: 11:25 AM

Konsert solo pertama pengarah muzik India Anirudh Ravichander di Malaysia esok dianggap sebagai peluang terbaik untuk mempromosi Malaysia di seluruh dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif Golden Goose Entertainment Sdn Bhd, K Yeragaselvan, penganjur acara berkenaan, berkata kira-kira 200 orang dari India datang ke negara ini semata-mata untuk menyaksikan konsert "Anirudh Live 2015" yang bakal diadakan di Pantai Luncur Air di Sunway Lagoon.

"Setakat ini, kami telah menjual 5,000 tiket dan lebih ramai penonton dijangka datang menyaksikan konsert yang mematuhi piawaian antarabangsa itu.

"Selain dari India, kira-kira 15 orang dari Singapura akan datang untuk menyaksikan persembahan tersebut," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Anirudh yang mencipta nama pada 2011 atas usahanya dalam filem Tamil "3" dan lagu hit "Why this Kolaveri", berkata konsert itu akan memberi pengalaman berbeza kepada penonton kerana dimasukkan elemen audiovisual.

Anirudh berkata beliau tidak sabar untuk menjayakan konsert solo pertamanya di Malaysia kerana menganggap negara ini sebagai rumah keduanya.

Konsert yang dijangka berlangsung selama lebih tiga jam itu akan menampilkan artis tempatan seperti Superfly Music, Starr Sound, Ktown clan dan PsychoUnit serta penyanyi antarabangsa Shakthisree Gopalan dan Inno Genga.

- Bernama

Lihat Komen
ADS