Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Robot wartawan kurang kesalahan
Diterbitkan:  Jan 31, 2015 11:57 AM
Dikemaskini: 4:21 AM

Agensi berita Associated Press (AP) berbangga kerana robot yang diusahakan untuk menulis berita kini mampu mengeluarkan laporan  dengan lebih cekap berbanding wartawan.

Menurut Huffington Post , AP bagaimanapun memberi jaminan bahawa robot berkenaan bukannya bertujuan untuk menggantikan tugas wartawan.

"Ia adalah tentang bagaimana kita boleh menggembleng sumber dengan terbaik dalam lanskap yang pantas berubah.

"Ia juga bagaimana kita menggunakan teknologi untuk menggerakkan syarikat kewartawanan dalam dunia," kata naib presiden dan pengarang urusan AP, AP Lou Ferrara.

Kewartawan robot itu menggunakan proses automasi Automatic Insights yang menerbitkan berita menggunakan data dari badan kajian pelaburan.

Robot tersebut yang menulis berita tanpa sebarang larik nama menghasilkan berita berkenaan laporan sukuan tahun.

AP menerbitkan laporan berkenaan dengan nota: "Berita ini dijana oleh Automatic Insights menggunakan data dari Zacks Investment Research".

Ia adalah susulan pengumuman AP pada Jun tahun lepas yang memaklumkan bahawa teknologi automasi akan mula diguna untuk menulis berita terkini dan laporan sukuan tahun.

Sistem berkenaan sebelum ini hanya mampu menerbitkan 300 laporan untuk setiap laporan tahunan.

Lihat Komen
ADS