Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Hudud bukan satu-satunya tuntutan syariah dan terdapat keutamaan lain yang harus diteliti, kata Ketua Pembangkang Datu Seri Anwar Ibrahim.

“Bagaimana kamu hendak laksanakan sebarang aspek undang-undang jika kamu tiada badan kehakiman yang bebas, media yang bebas atau kebebasan bersuara?” katanya dalam sidang media di Ampang.

Anwar diminta mengulas lanjut berhubung maqasid syariah (objektif syariah) yang kepentingannya yang disebut dalam ucapan perasmian perhimpunan Pemuda Antarabangsa ke-12.

Tanpa merujuk langsung kepada PAS, Anwar berkata perkara itu termasuk persoalan keadilan dan kedaulatan undang-undang serta menolak diskriminasi, sikap perkauman dan ketaksuban beragama dan kebebasan kehakiman.

Ditanya  tentang usaha PAS melaksanakan hudud di Kelantan, Anwar enggan menyentuh lanjut atas alasan kurang maklumat berhubung undang-undang yang mahu diperkenal itu.

Katanya, Pakatan Rakyat sudah meminta kerajaan PAS Kelantan menghantar draf enakmen berkaitan untuk dibincangkan.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS