Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ismail Sabri cetuskan perkauman, kata MP
Diterbitkan:  Feb 3, 2015 12:10 PM
Dikemaskini: 6:12 AM

Dengan kenyataan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung peniaga Cina, slogan 1Malaysia yang dilaungkan perdana menteri harus dicampak saja ke dalam tong sampah, kata anggota parlimen Serdang.

Ong Kian Ming berkata menteri pertanian dan industri asas tani itu harus menarik balik kenyataannya dan meminta maaf atas kenyataannya yang didakwa tidak berasas.

Katanya, kenyataan Ismail itu meningkatkan kebencian orang Melayu bukan sahaja kepada peniaga Cina tetapi kepada masyarakat itu keseluruhannya.

“Terdapat komen menggelar peniaga Cina sebagai lintah darat dan terdapat seruan untuk mengisytiharkan perang terhadap kumpulan ini.

“Terdapat komen menuduh Cina menghina Melayu. Terdapat komen menggelar Cina bangsat dan kesat lain,” katanya.

Ong justeru berkata kenyataan Ismail itu bukan sahaja tidak berasas tetapi juga menimbulkan kebencian terhadap orang Cina.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS