Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SU: Kenyataan Hadi dipalsukan
Diterbitkan:  Feb 9, 2015 8:11 PM
Dikemaskini: 1:06 PM

Setiausaha politik kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyuarakan kekesalannya terhadap pengeluaran kenyataan palsu berkaitan sokongan presiden PAS itu terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata kenyataan bertarikh hari ini mengenai “demo solidariti” terhadap Anwar “palsu” dan “tidak benar sama sekali”.

“Pihak Datuk Seri Tuan Guru (Hadi) merasa sangat kesal di atas penyalahgunaan surat PAS dan pemalsuan kenyataan media itu,” kata Ahmad dalam kenyataannya lewat petang ini.

Kenyataan palsu itu antaranya menyebut perhimpunan itu bukan pendirian atau seruan rasmi PAS.

"PAS tidak pernah menyeru atau mengajak mana-mana ahlinya untuk menyertai demo tersebut yang pada anggapan kami bukanlah perkara makruf,” menurut kenyataan palsu itu.

Kenyataan palsu itu juga menyebut parti Islam itu yakin dan percaya terhadap keadilan mahkamah.

Kenyataan rasmi PKR bagaimanapun berkata mereka tidak pernah merancang mengadakan sebarang perhimpunan sempena penyampaian keputusan rayuan akhir kes Liwat II di Mahkamah Persekutuan esok.

Lihat Komen
ADS