Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Anggota exco Pulau Pinang, Chong Eng berkata beliau akan bekerjasama dalam siasatan polis berhubung kritikannya ke atas satu pendirian Jabatan Agama Islam Selangor berhubung isu rogol.

“Saya sudah melihat tulisan IGP di Twitter dan saya akan memberi kerjasama penuh kepada polis.

“Saya tetap dengan pendirian bahawa saya hanya memberi pandangan berbeza mengenai rogol dalam kenyataan saya,” kata Chong Eng.

Dalam kenyataannya semalam, Chong Eng mendakwa JAIS memberi kenyataan yang mengelirukan berhubung jenayah rogol, melalui khutbah Jumaat yang dikeluarkan jabatan itu.

Beliau berkata, kenyataan JAIS itu “tidak menghormati wanita dan jelas menyebelahi lelaki”.

Exco hal ehwal wanita itu merujuk kepada khutbah yang mendakwa tindakan menutup aurat boleh mengelakkan wanita daripada gangguan fizikal dan mental dan boleh mengurangkan kejadian rogol, seks luar nikah dan sumbang mahram.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam berkata, Chong Eng akan disiasat atas kritikan ke atas khutbah Jumaat tersebut.

Lihat Komen
ADS