Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Sekalipun dihukum penjara lima tahun kes kesalahan meliwat, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka muncul di khalayak umum di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa ini, seminggu selepas dijatuhi hukuman itu semalam.

Perkara tersebut disahkan oleh peguamnya J Leela kepada Malaysiakini hari ini.

Anwar yang juga bekas timbalan perdana menteri akan dibawa untuk memberi keterangan dalam saman RM100 jutanya terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Selain Leela, ketua pembangkang itu turut diwakili peguam Razlan Hadri Zulkifli.

Anwar diarah memberi keterangan lagi susulan dakwaan Anifah dalam pembelaannya bahawa beliau (Anifah) ditawarkan RM100 juta untuk memujuk beberapa anggota parlimen BN dari Sabah untuk melompat menyertai Pakatan Rakyat dalam isu 16 September 2008.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS