Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Suasana jadi sepi dan muram ketika Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau tidak menyangka akan sekali lagi melalui pengalaman pahit suaminya dipenjarakan.

Mata presiden PKR itu bergenang air mata ketika berucap di hadapan 1,000 penyokong Pakatan Rakyat di Seberang Jaya, Pulau Pinang malam tadi.

Azizah juga berkata berat badannya merosot selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan lima tahun atas kesalahan meliwat pada Selasa lepas.

“Tetapi saya di sini, diuji lagi. Tidak mengapa saya akan hadapi, walaupun tidak bermakna saya boleh menerimanya,” kata Azizah dalam ceramah.

Kerajaan Pulau Pinang menganjurkan ceramah itu bagi menghormati Anwar sebagai anggota parlimen Permatang Pauh.

Azizah juga berkata, beliau bertambah sedih apabila terdapat pihak yang tidak sedar bahawa Anwar bukan seorang penjenayah, tetapi banduan politik yang dipenjarakan ekoran perjuangan beliau.

Katanya, hakim Mahkamah Persekutuan sepatutnya amat dihormati, tetapi dengan kes Anwar itu kelihatan kini tiada harapan untuk mendapatkan keadilan daripada pihak kehakiman.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS