Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak tidak mendapat sebarang manfaat dengan menawarkan jawatan timbalan perdana menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata ketua Pemuda Umno.

"Saya sukar percaya apa yang diucapkannya," kata Khairy Jamaluddin, mengulas kenyataan Nurul Izzah Anwar bahawa bapanya ditawarkan jawatan demikian selepas pilihan raya umum 2013.

"Perdana menteri tidak dapat apa-apa dengan membuat tawaran tidak masuk akal itu selepas pilihan raya umum lalu, yang kami (BN) menang dengan majoriti yang jelas."

Menteri belia dan sukan menambah, Nurul Izzah juga tidak selalu bercakap benar.

"Beliau ada rekod mengeluarkan kenyataan yang tidak benar.

"Beliau menang semula kerusi Lembah Pantai, sebahagian besarnya atas pembohongan terhadap (pencabarnya) Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin," dakwa Khairy lagi.

Selepas bekas menteri wilayah dan kesejahteraan bandar itu menyeret Nurul Izzah ke mahkamah, naib presiden PKR menyatakan kekesalannya atas kenyataan tersebut.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS