Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kidex kata masih berpeluang penuhi syarat
Diterbitkan:  Feb 16, 2015 9:50 PM
Dikemaskini: 3:18 PM

Pemegang konsesi bagi projek Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex) menegaskan bahawa mereka masih mempunyai masa untuk memenuhi syarat yang ditetapkan dalam kontrak projek tersebut.

Ketua pegawai eksekutifnya, Datuk Mohd Nor Idrus berkata mereka juga akan terus berbincang dengan kerajaan negeri Selangor, susulan pengumuman pembatalan projek berkenaan.

“Kami ingin nyatakan bahawa tempoh syarat duluan (CP) seperti yang ditakrif dalam perjanjian konsesi (CA) dilanjutkan lagi selama sembilan bulan,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, tempoh lanjutan tersebut bermula pada 15 Februari lalu dan akan tamat pada 14 November 2015.

Menteri Bear Azmin Ali hari ini mengumumkan, projek itu dibatalkan kerana syarikat konsesi gagal memenuhi syarat ditetapkan sebelum 14 Februari 2015.

Tiga syarat berkenaan digariskan seperti berikut:

  • Menyediakan Penilaian Impak Lalulintas (Traffic Impact Assessment) yang bebas, Penilaian Impak Sosial (Social Impact Assessment) dan Penilaian Impak Alam Sekitar (Environmental Impact Assessment).

 

  • Mendedahkan kadar tol sepanjang tempoh konsesi termasuk segala kenaikan tol yang ditetapkan dalam konsesi. Pihak konsesi perlu memberikan anggaran rasmi jumlah tol yang akan dikutip dan kadar pulangan kepada pelaburan (rate of return to investment).
  •  

  • Mendedahkan perjanjian konsesi sepenuhnya untuk mematuhi dasar kerajaan Pakatan Rakyat yang menegaskan ketelusan dan kebertanggungjawaban.
  • Kidex adalah projek lebuh raya termahal yang pernah dicadangkan, kira-kira RM148 juta bagi setiap kilometer.
    Lihat Komen
    ADS