Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Beli Barangan M’sia, menteri dukacita
Diterbitkan:  Feb 20, 2015 5:00 PM
Dikemaskini: 10:02 AM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek amat dukacita dengan kemelut antara Suria KLCC dan penyewanya yang sudah lama beroperasi di situ, BritishIndia, dengan berkata tindakan pihak pengurusan pusat membeli-belah ikonik terkemuka itu seolah-olah membelakangi Kempen Beli Barangan Malaysia yang dilaksanakan oleh kementerian.

Komen Hasan (kiri) kepada Utusan Malaysia itu dibuat selepas BritishIndia memfailkan saman terhadap pengurusan pusat beli-belah itu, yang mahu mengeluarkan butik itu dari premisnya ke premis lain yang dikatakan tidak strategik.

BritishIndia memohon injunksi untuk menghalang pengurusan Suria KLCC daripada bertindak demikian dan perintah halangan itu dijadualkan didengar pada 24 Februari 2015.

Peruncit tempatan itu, dalam kenyataan akhbar pada hari Selasa, berkata surat tawaran diterima pada Julai 2014 meskipun BritishIndia kekal kompetitif membayar sewa, malah pihak pengurusan masih menerima sewa pada bulan yang sama.

“Kami mendapat tahu bahawa lokasi premis BritishIndia sekarang ini dicadangkan untuk disewa kepada satu jenama fesyen asing yang sudah mempunyai lokasi sedia ada di Suria KLCC.

“Kami dibiarkan tanpa mempunyai pilihan, kami nekad mengambil tindakan undang-undang untuk melindungi hak-hak kami dan dilayan secara adil,” pengasasnya, Pat Liew dilaporkan berkata.

Baca berita penuh di KiniBiz

Lihat Komen
ADS