Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Berapa kerusi PAS jika bersama Umno?'
Diterbitkan:  Feb 24, 2015 2:47 PM
Dikemaskini: 7:48 AM

PAS tidak yakin Umno sanggup berkongsi kuasa dengannya jika ia menyertai gabungan parti Melayu itu.

Oleh itu, gabungan PAS-Umno seperti sering digembar-gemburkan tidak akan menjadi kenyataan, tegas seorang naib presiden PAS.

"Jika bergabung, Umno hendak beri berapa kerusi kepada PAS? 40 (kerusi)? Daripada sudut ini sahaja, tuduhan bahawa PAS akan bergabung dengan Umno sudah tidak masuk akal," kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Lagi pula, katanya lagi, Umno menguasai 88 kerusi parlimen, sedangkan PAS hanya memiliki 21 kerusi saja.

Kerajaan campuran dua parti itu juga tidak pernah dibincangkan dalam PAS, tambahnya.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga sering menegaskan perkara yang sama di beberapa muktamar lepas, katanya.  

"Perkara dasar begini (gabungan) mesti melalui keputusan muktamar, bukan hanya pandangan peribadi ahli parti," kata Tuan Ibrahim.

Alasan untuk melaksanakan syariah Islam bersama Umno juga tidak boleh diterima kerana parti itu didakwa terus menentang hudud.

"Berdekad-dekad Umno menentang hudud dan memperlekehkan hukum Allah ini, dan tidak menggunakan al-Quran dan hadis sebagai rujukan tertinggi parti, apakah mungkin tiba-tiba Umno betul ingin membantu PAS melaksanakannya?" soalnya.

"Dalam saat Umno sedang kelemasan, tentulah ia akan sanggup melakukan apa sahaja, namun pengalaman lampau membuktikan apabila mereka kuat, mereka akan tendang PAS keluar daripada muafakat yang ada."

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS