Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

PAS kawasan Klang mendesak siasatan dijalankan dan pemimpin yang terbabit perlu digantung susulan satu memorandum yang mendakwa mereka cuba menggulingkan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pemimpin yang disebut dalam memorandum yang juga menuduh pemimpin tertentu menyalahgunakan kuasa, ialah Timbalan Presiden Mohamad Sabu, Naib Presiden Datuk Husam Musa, Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Hatta Ramli, Ketua Penerangan Muslimat Aiman Athirah dan Presiden PasMa Phahrolrazi Zawawi.

Memorandum tersebut telah diserahkan oleh Ketua Pemuda PAS Kuantan Noorzazilafadli Ibrahim pada 8 Februari lalu.

Bercakap kepada pemberita di luar ibu pejabat PAS hari ini, Setiausaha PAS kawasan itu Mohd Prasad Hanif berkata satu siasatan berhubung dakwaan tersebut perlu dijalankan.

"Demi integriti PAS, kami mahu satu siasatan dijalankan terhadap pengadu dan inividu yang dinamakan dalam memeorandum tersebut," katanya.

Menurutnya lagi, Mohd Prasad turut meminta pejabat setiausaha agung untuk menggantung pemimpin yang dinamakan dalam dalam memorandum itu sehingga siasatan mengenainya selesai.

PAS kawasan itu turut menyerahkan aduan tatatertib secara rasmi kepada pejabat setiausaha agung menggesa siasatan segera dibuat berhubung memorandum itu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS