Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Zahid: Hanya AG boleh tentu kehadiran Anwar
Diterbitkan:  Feb 26, 2015 3:00 PM
Dikemaskini: 7:09 AM

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata hanya Peguam Negara Tan Sri Gani Patail yang boleh memutuskan sama ada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh hadir ke persidangan Parlimen bulan depan.

Zahid juga menasihati jemaah menteri dan ahli politik mengelak daripada menyatakan pendapat mereka mengenai isu kehadiran Anwar, yang kini menunggu pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong.

“Saya ingin berbeza pendangan dengan timbalan saya,” katanya, mengulas mengenai kenyataan timbalan itu, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar semalam.

Wan Junaidi semalam dilaporkan berkata, Anwar perlu kemukakan permohonan kepada Speaker Dewan Rakyat dan ketua pengarah Jabatan Penjara bagi membolehkan beliau hadir ke sidang parlimen.

Katanya, Kementerian Dalam Negeri akan dirujuk sekiranya keputusan mengenai perkara itu tidak dapat dicapai oleh jabatan berkenaan.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS