Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tarian singa untuk 'singa' Sg Buloh
Diterbitkan:  Mar 1, 2015 10:59 AM
Dikemaskini: 3:02 AM

Suasana meriah di luar penjara Sungai Buloh malam tadi ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim merengkok untuk hari ke-19 di balik tirai besi.

Tarian singa dipersembahkan bersama paluan gendang Tahun Baru Cina di samping orang ramai bersorak.

Malah kelihatan pegawai penjara turut memerhatikannnya daripada perkarangan kawasan itu.

“Singa yang sebenar di dalam (penjara),” kata seorang penyokong Anwar yang hanya mahu dikenali sebagai Hafizan.

Seorang lagi penyokong ketua umum PKR itu, yang mahu dikenali sebagai Dineswari berkata beliau datang daripada Johor untuk ke acara nyalaan lilin tanda setiakawan dengan Anwar.

“Saya terharu dengan sokongan berterusan pada Anwar walaupun sudah lebih dua minggu beliau dipenjara,” katanya.

Sambutan Tahun Baru Cina dalam acara nyalaan lilin itu semalam dianjurkan oleh PKR Shah Alam dan Wangsa Maju.

Anak sulung Anwar, Nurul Izzah yang juga naib presiden PKR turut hadir.

“Saya tidak tahu sama ada papa dengar atau tidak semua ini.

“Kamu harus lalunya 13 pintu besi untuk ke tempat papa ditahan,” katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS