Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PMO: Dakwaan tentang 1MDB bermotif politik
Diterbitkan:  Mar 1, 2015 4:24 PM
Dikemaskini: 8:26 AM

Pejabat Perdana Menteri (PMO) menolak dakwaan bahawa 1Malaysia Development Bhd menyalurkan AS$700 juta (RM2.5 bilion) kepada syarikat dikaitkan dengan hartawan Jho Low sebagai “bermotifkan politik”.

“Bagaimanapun, jika terdapat sebarang salah laku yang terbukti, undang-undang akan dikuatkuasakan tanpa pengecualian,” kata pejabat itu kepada akhbar United Kingdom Sunday Times .

PMO menambah bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang berada dalam lembaga penasihat 1MDB, tidak menguruskan operasi hari ke hari 1MDB.

Pejabat itu juga menyebut bahawa akaun 1MDB diaudit oleh Delloite.

The Sunday Times dengan kerjasama Sarawak Report hari ini menyiarkan siri artikel berhubung 1MDB, memetik e-mel dalaman didakwa antara Low, pegawainya Li Lin Seet dan pegawai PetroSaudi Patrick Mahony dan CEO 1MDB Shahrol Halmi.

E-mel itu bertarikh sehingga awal 2009, sebelum perjanjian ditandatangani dengan syarikat minyak dan gas Arab Saudi yang kurang dikenali itu.

Komunikasi bocor itu menunjukkan bagaimana Low terlibat untuk perjanjian itu. Nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut disebut.

Malaysiakini sudah menghubungi 1MDB dan menunggu maklum balasnya berhubung perkara itu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS