Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Exco: Info tiada air 36 jam di S'gor palsu
Diterbitkan:  Mar 2, 2015 7:00 PM
Dikemaskini: 11:11 AM

Kerajaan negeri Selangor menyangkal dakwaan akan berlaku gangguan air selama 36 jam di seluruh Selangor seperti yang tersebar menerusi aplikasi WhatsApp hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam Zaidy Abdul Talib berkata penyebaran maklumat palsu itu berniat menimbulkan panik di kalangan pengguna.

“Maklumat yang tersebar menerusi aplikasi WhatsApp itu sama sekali tidak benar,” katanya.

Maklumat palsu yang didakwa disiarkan di radio itu antaranya menggesa orang menyimpan air bagi menghadapi keadaan tiada bekalan mulai esok.

Dalam kenyataannya hari ini, Zaidy menyeru kepada semua pengguna agar tidak membuat spekulasi atau sengaja mencipta berita palsu yang boleh menimbulkan panik di kalangan orang awam khususnya di Selangor.

Pengguna sebaliknya disaran melayari laman sesawang SYABAS iaitu www.syabas.com.my untuk mendapatkan maklumat terkini.

“Pihak kerajaan negeri Selangor amat kesal di atas insiden yang berlaku dan berharap agar para pengguna WhatsApp meneliti dahulu maklumat yang diterima sebelum membuat sebaran kepada umum,” katanya.

Lihat Komen
ADS