Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
K'jaan jamin tak sekat kebebasan bersuara
Diterbitkan:  Mar 2, 2015 9:10 PM
Dikemaskini: 1:12 PM

Walaupun tindakan diambil dalam hal "perkauman, melampau, kekejaman dan jenayah", Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan menyekat kebebasan bersuara.

Bagaimanapun, bagi membincangkan sesuatu isu, beliau berkata, masyarakat perlu berhenti daripada mempersoalkan isu sensitif yang dilindungi bawah Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Muhyiddin, ia termasuk kedudukan istimewa orang Melayu, raja, Islam dan hak-hak orang bukan Islam dam bukan Melayu.

"Kerajaan tegas dalam menangani masalah yang boleh menimbulkan masalah perkauman, pelampau dan isu-isu yang berkaitan dengan keganasan serta jenayah yang mana ia telah menjadi ancaman yang jelas kepada kita. Kita tidak boleh biarkan perkara itu, mesti ada tindakan tegas.

"Ini tidak bermakna kerajaan cuba untuk hentikan pelajar atau orang ramai daripada membincangkan apa-apa. Tiada halangan. Tetapi ada had tertentu supaya tidak meninggalkan kesan kepada isu-isu yang sensitif," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di hadapan 1,500 orang wakil pelajar di Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS