Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Jika bukan bapa, dari mana kekayaan itu, PM'
Diterbitkan:  Mar 3, 2015 2:35 PM
Dikemaskini: 6:53 AM

Kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang menyokong adik beradiknya bahawa bapa mereka Tun Razak Hussein berjimat dan hidup sederhana, mengundang persoalan lain.

Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata kenyataan perdana menteri di Utusan Malaysia dan Berita Harian itu menjadi penolakan halus terhadap penjelasan pejabatnya sendiri bahawa ia berpunca daripada harta pusaka.

“Dari mana sebenarnya semua wang ini datang?” soalnya dalam kenyataan hari ini.

Pua ( kanan ) membangkitkan laporan New York Times bahawa keluarga Najib berbelanja untuk mendapatkan aset di peringkat global yang bernilai jutaan ringgit, walaupun pendapatannya hanya RM350,000 setahun.

Beliau mahu Najib menjelaskan perkara itu kerana beliau hanya pernah berkhidmat sebagai menteri besar Pahang (1982-1986), menteri kabinet (1986-2004), timbalan perdana menteri (2004-2009) dan perdana menteri (2009-kini).

“Saya yakin perdana menteri akan setuju dengan saya bahawa kurangnya ketelusan dan pendedahan berhubung kekayaan tersembunyi dan kabur hanya menggalakkan spekulasi tidak sihat berhubung punca kekayaan besar keluarganya,” katanya.

Najib semalam berkata sepanjang Tun Razak Hussein berkhidmat dalam kerajaan, allahyarham tidak pernah dikaitkan dengan apa-apa amalan rasuah serta salah guna kuasa.

Beliau juga berkata sejak mula terlibat dalam politik sehingga memegang tampuk pemerintahan negara, Tun Razak mengamalkan gaya hidup sederhana dan berjimat cermat .

Empat adik beradik beliau pada minggu lalu melahirkan kebimbangan kekoran laporan bahawa Pejabat Perdana Menteri memberitahu New York Times bahawa gaya hidup Najib berpunca daripada harta pusaka.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS