Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
ADUN PKR Bukit Batu beri keterangan polis
Diterbitkan:  Mar 4, 2015 6:16 PM
Dikemaskini: 10:18 AM

ADUN Bukit Batu Jimmy Puah Wee Tse hadir di  Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, Johor Bahru hari ini bagi memberi keterangan berhubung isu ceramah solidariti terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    

Beliau yang ditemani Pengerusi PKR Johor, Hassan Abdul Karim dan ADUN Johor Jaya, Liow Cai Tung tiba di IPD berkenaan pada pukul 9.45 pagi tadi dan selesai memberi keterangan kira-kira 45 minit kemudian.

    

Puah yang ditemui pemberita selepas itu berkata beliau memberi kerjasama yang baik kepada polis untuk melakukan siasatan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

    

Pada 10 Februari lepas, Puah menghadiri ceramah solidariti itu di Taman Molek, di sini, atas undangan penganjur iaitu sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

    

Sementara itu, Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff yang ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di Johor Bahru hari ini mengesahkan pihaknya sudah merekodkan kenyataan daripada tiga individu berhubung ceramah berkenaan.

    

Pada 10 Februari lepas, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anwar dan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun 2008.

- Bernama

Lihat Komen
ADS