Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Siasatan hasutan menanti MP DAP Tanjung
Diterbitkan:  Mar 5, 2015 10:19 AM
Dikemaskini: 2:25 AM

Ahli Parlimen DAP Tanjung yang lantang bersuara, Ng Wei Aik mungkin menghadapi siasatan polis di bawah Akta Hasutan kerana artikel yang disiarkan dalam media bahasa Cina.

 

Timbalan Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, Ang Chor Keong membuat laporan berhubung artikel Ng dalam Kwong Wah Yit Poh itu pada 11 Februari.

 

Komentar Ng adalah berkaitan keputusan kes Liwat II terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keputusan Mahkamah Persekutuan untuk menghukum Anwar dipenjarakan lima tahun.

 

Pegawai penyiasat kanan, ASP sangkar Segaran dari balai polis Kepala Batas mahu Ng memberikan kenyataan pada hari Jumaat.

 

Tetapi Ng berkata beliau sebaliknya telah meminta Sangkar bertemu dengannya di pusat perkhidmatannya di George Town.

 

Ng menafikan bahawa artikel beliau bertajuk 'Kebangkitan Reformasi', di mana beliau bercerita mengenai pengalamannya dalam era Reformasi pada tahun 1998, berbaur "menghasut".

 

"Saya tidak tahu apa yang menghasut mengenai artikel saya. Saya rasa MCA tidak dapat membezakan lagi mengenai apa dan apa yang tidak berunsur hasutan," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

 

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS