Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Doktor berang tak dapat butiran RUU Farmasi
Diterbitkan:  Mar 5, 2015 4:33 PM
Dikemaskini: 8:36 AM

Persatuan perubatan kecewa dengan hasil perbincangan terbaru antara mereka dan Bahagian Khidmat Farmasi Kementerian Kesihatan semalam berhubung cadangan dalam Rang undang-undang (RUU) Akta Farmasi 2015.

Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia (FPMPAM), Gabungan Pengamal Perubatan Malaysia (MCPN) dan beberapa lagi yang terlibat berkata mereka tidak dibenarkan untuk membincangkan kandungan rang undang-undang itu semasa mesyuarat, kerana menyebabkan ia berakhir terlalu awal.

"Pada peringkat awal mesyuarat, para doktor meminta untuk mendapatkan butiran rang undang-undang yang diberikan untuk perbincangan tetapi dinafikan," kata pihak itu yang mewakili para doktor, dalam satu kenyataan.

Selain mereka, turut terlibat Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMAM), Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia (PERDIM) dan Akademi Keluarga Doktor Malaysia.

Rang Undang-Undang Farmasi bertujuan untuk menggubal undang-undang perubatan yang hanya membenarkan ubat diedarkan oleh farmasi sahaja.

Ia mengakhiri amalan lama sebelum ini, pengamal perubatan mempreskripsikan dan memberikan ubat selepas memeriksa pesakit mereka.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS