Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Saya tak tambah bab Anwar cubit puting'
Diterbitkan:  Mar 10, 2015 5:00 PM
Dikemaskini: 9:10 AM

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menafikan beliau menokok tambah cerita dalam kes Liwat II melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya sebagai peguam kanan beliau tidak melakukan kesalahan sebegitu.

Peguam pendakwaan dalam kes itu menegaskan bahawa terdapat bahagian menyebut Anwar "mencubit-cubit puting" bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan dalam penghakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Peguam lantikan kerajaan dalam kes itu mengulas laporan Malaysiakini bahawa semakan transkrip mahkamah bagi prosiding tertutup ( in camera ) mendapati tidak ada insiden mencubit itu.

“Laporan kamu merapu,” katanya ketika ditemui semalam.

“Inilah sebabnya saya tidak mahu diwawancara oleh Malaysiakini . Perkara itu ada dalam penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Kamu baca atau tidak.”

Dalam ceramah pada 17 Februari, seminggu selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara ke atas Anwar, Shafee berkata: “Anwar mencubit-cubit dia punya puting”.

Shafee menceritakan perkara itu yang didakwa berlaku sebelum kejadian liwat kepada hadirin di ceramahnya di Kelana Jaya, yang disiarkan secara langsung.

Malaysiakini menyemak transkrip mahkamah bagi prosiding tertutup itu dan mendapati tiada insiden itu disebut.

Satu-satunya bahagian yang menyebut tentang puting Saiful dalam kes itu ialah apabila doktor Hospital Kuala Lumpur memberi keterangan menggunakan swab kapas untuk mendapatkan sampel dari putingnya.

Shafee sebelum ini mempertahankan kenyataan itu dengan berkata rekod rayuan kes itu harus dibaca secara keseluruhan dan “begitu jelas sekali keterangan itu”.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS