Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan bagi membatalkan perintah reman terhadap Ketua Pemuda PKR (AMK) Nik Nazmi Nik Ahmad, kata peguamnya Eric Paulsen hari ini.

Ini bermakna exco Selangor itu terpaksa menunggu sehingga perintah itu tamat esok untuk dibebaskan sementara polis menyiasat penglibatannya dalam perhimpunan 'Kita Lawan' di Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

Ketika dihubungi, Paulsen melahirkan rasa kecewanya kerana mahkamah menolak permohonan semakan itu tanpa mendengar merit kes itu.

“Ini agak malang.

“Lebih baik jika ada pendengaran supaya kami dapat maklumkan kepada hakim apa yang kami rasa salah,” katanya.

Paulsen berkata mahkamah memaklumkan penolakan itu melalui faks tengah hari ini.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS