Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tokoh wartawan harap TPM tak terus jadi 'tunggul'
Diterbitkan:  Mar 14, 2015 7:25 PM
Dikemaskini: 12:22 PM

Selepas Dr Mahathir Mohamad, tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin, yang dilihat sebagai orang bekas perdana menteri itu, pula hari ini melancarkan serangan dalam isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB.

Bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times itu hari ini mencabar anggota kabinet yang celik ekonomi supaya bercakap benar dalam isu sekitar syarikat pelaburan negara itu.

“Saya harap menteri celik ekonomi dan tahu hal perniagaan, termasuklah Timbalan Perdana Menteri, (Tan Sri) Muhyiddin Mohd Yassin, tidak terus membisu dan menjadi menteri tunggul,” katanya.

Menulis di blognya hari ini, Kadir ( kiri ) berkata Muhyiddinakan hilang kewibawaan dan mengecewakan ramai penyokongnya kalau tidak terus tegas mengenai 1MDB, khasnya berkenaan dakwaan penyelamatan.

Muhyiddin pada 6 Mac berkata, pengauditan telus, bebas dan menyeluruh terhadap akaun 1MDB penting untuk membersihkan nama syarikat dana pelaburan milik kerajaan itu daripada sebarang tuduhan penyelewengan dan salah laku.

Katanya, audit forensik hendaklah dilaksana untuk menentukan tiada penyelewengan kewangan berlaku dalam urusniaga, seterusnya memulihkan reputasi dan mengembalikan keyakinan pelabur, lapor Bernama.

Audit itu perlu dibuat, katanya, ekoran tuduhan penyelewengan, termasuk usahasama dengan PetroSaudi, dibuat berhubung urusniaga pada 2009, yang tidak termasuk dalam tahun kewangan 2013 yang diaudit firma Deloitte.

Lihat Komen
ADS