Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAS Shah Alam mahu status quo kekal
Diterbitkan:  Mar 15, 2015 7:32 PM
Dikemaskini: 11:36 AM

Walaupun menjadi kawasan yang lantang terhadap kepimpinan tertinggi PAS, mesyuarat agung tahunan PAS Shah Alam hari ini membuat keputusan mengekalkan status quo.

Selepas undi, PAS kawasan itu mencalon mengekalkan lima penyandang untuk mempertahankan lima jawatan teratas, iaitu presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden.

Jawatan itu kini masing-masing disandang oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai presiden, Mohamad Sabu sebagai timbalannya dan tiga naib presiden, iaitu Datuk Husam Musa, Salahuddin Ayub

dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Untuk jawatan presiden, terdapat beberapa nama dicadangkan tetapi selepas pengundian, ia memihak kepada Hadi.

Pemimpin kanan kawasan itu ketika dihubungi enggan menyatakan siapa yang ditimbulkan untuk menggantikan Hadi.

Lihat Komen
ADS